jump to navigation

background

Latar Belakang Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta

Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak merupakan Institusi Latihan Pembantu Perubatan yang kedua diwujudkan di Malaysia. Kolej Pembantu Perubatan yang lain ialah di Seremban, Negeri Sembilan, di Kucing, Sarawak dan Alor Setar, Kedah.

Pada asalnya Kolej ini telah digunakan bagi latihan Penolong Jururawat dan Pembantu Hospital Rendah serta kursus-kursus pendek yang berkaitan dengan psikiatrik sehinggalah pada tahun 1991, perancangan telah dibuat bagi menaiktarafkan latihan Diploma Pembantu Perubatan.

Kolej ini secara rasminya beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan kehadiran peserta perintis Pembantu Perubatan serami 50 orang. Bagi memenuhi kurikulum latihan Diploma Pembantu Perubatan ini, pelbagai usaha bagi mempertingkatkan prasarana telah buat secara berperingkat-peringkat. Malah kurikulum juga telah berlaku perubahan kepada sistem kredit. Di samping mengadakan latihan Diploma Pembantu Perubatan, Kolej ini juga telah berkembang dengan mengadakan kursus-kursus lanjutan Pos Basik serta kursus peningkatan profesion secara jangka pendek untuk Sains Kesihatan Bersekutu.

Pencapaian

Antara pencapaian dan anugerah yang dimenangi oleh Kolej ini ialah:

1. Pengiktirafan Pengurusan Sistem ISO 9002 pada tahun 2002
2. Anugerah Hari Kualiti KKM Peringkat Kebangsaan tahun 2003. Memenangi
Anugerah Kolej Pengurusan Terbaik di kalangan Kolej-Kolej Kementerian Kesihatan di seluruh Malaysia.
3. Memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Perak kategori IT tahun 2004
4. Tempat ke 2 Pertandingan Inovasi JKN Perak 2004
5. Tempat ke 2 Pertandingan KMK JKN Perak 2005

Visi

Mengeluarkan Pembantu Perubatan yang komited kepada perkhidmatan pesakit yang menyeluruh berorientasikan aspirasi masyarakat, bersesuaian dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk membantu dalam mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan individu itu sendiri bagi membolehkannya hidup dalam suasana ekonomi dan sosial yang produktif. melahirkan Pembantu Perubatan yang komited dan berketerampilan klinikal asas yang tinggi serta menjadikan pembelajaran (medical education) satu amalan yang berterusan. dan menjadikan kolej sebagai pusat pendidikan pengajian sains kesihatan bersekutu.

Misi

Memimpin pelatih-pelatih ke arah pencapaian kecemerlangan dalam latihan demi untuk kemajuan dunia dan akhirat. Usaha yang berterusan ke arah memupuk kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik, profesionalisma dalam pengamalan dan sentiasa mengembangkan diri individu ke arah pendidikan yang berterusan, agar dapat melahirkan individu yang menyeluruh, mulia, komited terhadap aspirasi masyarakat, negara dan universal.

Motto

‘ALWAYS GO FOR THE BEST’

Slogan

MENGGILAP DAN MENJANA INSAN CEMERLANG

Sumber :

http://infoamo.blogspot.com

(Terima kasih kepada Cikgu Alias Mahmud)

Comments

1. alias mahmud - 15 June 2010

Tahniah atas usaha murni saudara. Moga2 ia berjaya merapatkan silaturahim semua warga/bekas warga KPPUK.

alias mahmud
Bekas Pengajar KPPUK
2001-2007

webmasteralumni - 15 June 2010

Terima kasih cikgu.. semoga perhubungan ini akan kekal selama2nya sehingga kita dipanggil olehNya. Insyaallah


Sorry comments are closed for this entry

%d bloggers like this: